Monday 21 November 2011

BINTANG DI ANGKASA LEPAS

Penemuan Pulau-Pulau Bintang




*Cantik sungguh bintang-bintang di angkasa lepas.  Sungguh besar ciptaan-NYA


Enam puluh tahun dahulu pakar astronomi tidak dapat memastikan sama ada galaksi-galaksi di luar galaksi bima sakti wujud.
Apabila teleskop mula-mula digunakan pakar astronomi telah menjumpai banyak tompok-tompok di langit yang kelihatan samar-samar. Tompok-tompok ini dengan mudah dapat dibezakan daripada bintang dan mereka yang kelihatan serupa dan sepadan telah dikelaskan sebagai nebula. kebanyakkan pakar astronomi mempercayai pada masa itu bahawa nebula-nebula itu terletak di kawasan Bima Sakti.


Dengan pembaikan teleskop data yang lebih terperinci telah diperoleh dan didapati bahaw sebahagian daripada nebula-nebula mengandungi bintang individu. Bentuk lingkaran telah juga diperhatikan dan nebula ini dinamakan nebula lingkaran. Walau bagaimanapun masih tidak terdapat sebarang bukti nebula-nebula gas atau lingkaran ini terletak diluar Bima Sakti dan mereka terus dikelaskan sebagai nebula .

Perdebatan dan pertengkaran berterusan sehingga tahun 1924.Pada tahun itu, pakar astronomi Edwin Hubble telah menjumpai beberapa bintang khas yang terletak di salah satu nebula . Daripada ciri-ciri bintang khas ini Hubble telah berjaya membuat kesimpulan bahawa bintang serta nebula tersebut berada jauh di luar kawasan Bima Sakti . Selepas itu banyak cara-cara lain telah digunakan untuk mengukur jarak galaksi dan kajian ini membawa kesedaran bahawa alam semesta jauh lebih luas daripada apa yang dibayangkan.