JENIS GALAKSI
Galaksi wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Kebanyakan berbentuk lingkaran, seperti bima sakti, atau elips dan sebahagian kecil berbentuk tidak sekata. Galaksi tidak sekata kelihatan mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan bahawa mereka telah diganggu.
Bilangan bintang dalam sebuah galaksi adalah beberapa ratus juta untuk untuk galaksi kecil atau beberapa ribu juta bagi galaksi raksasa. Bimasakti adalah sebuah galaksi yang agak besar berdasarkan saiz dan bilangan bintangnya.
Pada suatu masa dahulu, galaksi berbentuk elips dijangkakan perlahan-lahan meleper dan menghasilkan lengan-lengan lingkaran dan galaksi elips adalah dua jenis galaksi berlainan, dibentuk dengan cara berlainan dalam keadaan berlainan dan suatu jenis tidak dapat berevolusi menjadi jenis yang lain.
Selain daripada bintang, galaksi lingkaran mengandungi gas dan debu. Apabila sebuah galaksi lingkaran dilihat dari sisi, awan awan debu yang padat dapat dilihat di lengan lingkaran. Galaksi elips tidak mempunyai banyak gas. Ini dipercayai kerana kebanyakan gas atau debu telah menjadi bintang atau ditiup keluar apabila galaksi ini pertama dibentuk beribu juta tahun yang lalu. Galaksi kecil jenis elips adalah jenis yang paling banyak terdapat di alam semesta dan saiz mereka amnya besar sedikit daripada kluster-kluster globul yang wujud di pinggir Bima Sakti.
Galaksi yang paling dekat dengan kita ialah tiga galaksi kecil yang dinamakan awan awan Magellan Besar, Kecil dan Mini, sempena pengembara Ferdinand Magellan. Awan Magellan Mini telah dijumpai pada tahun 1984. Sebelum ini, pakar astronomi telah menyangkakan bahawa Awan Magellan Kecil terdiri drpd dua bahagian.
Pengukuran semasa menunjukkan bahawa ia adalah dua galaksi berasingan.
Galaksi besar berlingkar yang berada di buruj Andromeda adalah lebih serupa dengan galaksi Bima Sakti. Ia terletak antara dua juta tahun cahaya daripada kita dan merupakan objek yang paling jauh yang dapat dilihat oleh mata kasar. Bayangkan bahawa cahaya yang dilihat datang dari galaksi Andromeda pada malam ini telah bertolak dari galaksi tersebut dua juta tahun yang lalu. Apa yang kita lihat ialah Andromeda dalam sejarahnya dua juta tahun yang lalu dan apa yang berlaku pada saat ini di galaksi tersebut tidak kita tahui melainkan kita berada disitu.
Sekiranya kita cuba menghantar isyarat radio pada makhluk-makhluk di galaksi lain isyarat ini akan mengambil masa beribu juta tahun untuk sampai ke sana dan beribu juta tahun pula akan berlalu sebelum kita mendapatkan balasan daripada makhluk makhluk disitu. Komunikasi antara galaksi nampaknya agak sulit sekiranya kita ingin jawapan yang segera.